Sekali lagi timbul isu yang panas dan menyakitkan hati berlaku minggu ini. Nga Kor Ming mempertikaikan pembinaan masjid sejak 8 tahun dahulu sebanyak 611 buah masjid. Nampaknya DAP semakin berani mempertikaikan hak dan keistimewaan agama islam sebagai agama rasmi. Semakin hari semakin biadap DAP ini. Semua benda pun nak dipertikaikan. Peliknya apa reaksi golongan PAS yang memperjuangkan Islam dan Hudud apabila rakan seperjuangan mereka mempertikaikan pembinaan masjid yang merupakan rumah Allah. Diam seribu bahasa. Mereka tidak berkata apa-apa. Adakah mereka bersetuju dengan tindakan rakan seperjuangan mereka yang menidakkan pembinaan masjid di negara Malaysia. Atau mereka bersetuju supaya bilangan kuil dan tokong perlu ditambah supaya supaya sama dengan bilangan masjid yang ada di negara kita?
Ketika pemerintahan kerajaan sekarang yang semakin lemah, semakin banyak pihak yang mengambil kesempatan diatas kelemahan ini. Pelbagai isu dimainkan antaranya membawa pulang semula Chin Peng, ketuanan melayu dan terbaru pembinaan masjid. Dan yang lebih malang ada pihak yang menyokong tindakan-tindakan mereka ini adalah melayu yang beragama islam. Atas sokongan inilah yang menyebabkan DAP semakin berani dan menjadi-jadi mempersoalkan hak dan keistimewaan orang melayu. Melayu semakin lemah sekarang. Kita sudah tidak punya apa-apa. Hanya tingggal kuasa politik. Sekiranya kuasa ini pun tidak dapat dipertahankan nescaya nasib melayu pada masa hadapan sama seperti di Singapura dan Palestin. Merempat di bumi sendiri.

0 Komen:
Post a Comment