08 January 2010

Terkena Tulah D.Y.M.M. Sultan Perak

Inilah akibatnya akibat dari sikap sendiri yang terlalu gilakan kuasa sehingga sanggup menderhaka Sultan Perak. Allah Maha Kaya lagi Maha Mengasihani. Dengan izin Allah, kereta yang dipandu Nizar telah menghadapi kemalangan betul-betul di hadapan Istana dan juga bangunan UMNO negeri Perak. Kereta yang dipandu Nizar terbalik ke atas. Namun Nizar tidak menghadapi kecederaan yang serius. Ada sesetengah pihak berpendapat kejadian seperti ini adalah perbuatan khianat dari UMNO. Benarkah??

Sudahlah Nizar. Ni semua petunjuk dari Allah. Disebabkan penderhakaan kamu terhadap Sultan, kamu dah dapat bala. Takkan tak sedar-sedar. Kamu hidup lagi supaya insaf dan sedar akan perbuatan kamu ni. Berapa banyak lagi penghinaan terhadap negeri Perak ni kamu nak wat. Baru-baru ni kamu melancarkan buku kartun yang bertajuk Perak Darul Kartun. Suka-suka je kamu nak ubah nama negeri Perak. Apa kamu ingat ni negeri kamu yang punya. Kalo camtu baik kamu ubah nama negeri ni Perak Darul Nizar. Janganlah kamu fikir setiap tindakan kamu mendapat restu dari rakyat Perak. Kamu ingat kami buta. Kami takde mata. Rakyat boleh lihat dan nampak. Kamu sebenarnya nak apa. Gilakan kuasa. Orang yang percayakan kamu ni, semua orang yang buta dan juga "orang yang mahu memepergunakan kamu." Sedarlah Nizar.

Sokongan dan kepercayaan rakyat terhadap Pakatan Rakyat semakin merosot. Tidak ada apa perubahan yang dibuat oleh pimpinan PR. Kalo Perak ni bawah PR, maka banyaklah tanah-tanah orang Melayu akan tergadai. Selagi ada benda yang boleh digadai, dah tentu kamu akan gadai wahai si Nizar al Jamrud. Undi rakyat pada PR pada PRU 12 disebabkan kemarahan terhadap pimpinan Dolah Bodawi yang lemah dan teruk. Ikut sangat cakap menantu yang perangai serupa hantu. Nasib Dato Najib tak ambik KJ jadi menteri. Kau memang tak layak. Rata-rata pengundi yang ditemui mereka tidak menyangka undian mereka pada PR pada PRU 12 telah membawa kejatuhan kepada UMNO dan BN. "Sebenarnya undian kami dahulu adalah untuk mengajar pimpinan Dolah yang selalu dok tdo sahaja. Kami tidak sangka undian ini menyebabkan kejatuhan yang hampir merebahkan keseluruhan pimpinan UMNO dan BN."

Bagi aku, benda ini pun ada baik dan buruknya. Kalo UMNO dan BN rasa selesa je, rakyat kat bawah ni memang teruk la. Keje taknak wat. Demand tinggi. Kalo skang ni pun kome wakil-wakil rakyat ni nak demand tinggi, kome fikirlah sendiri. Kalo rasa nak tumbang sekali lagi, buatlah la wahai-wahai insan yang yag bergelar YB ni.
Rakyat juga dapat menilai sejauh mana janji-janji manis PR ini dapat ditunaikan atau tidak. Masa duk kempen, kome semua benda nak wat. Semua pu rakyat. Dah dapat kuasa rakyat ntah kemana, islam ntah kemana. Bagi aku, PR belum mampu atau takkan mampu nak perintah Malaysia selagi tidak ada parti dominan Melayu Islam yang mempu mengepalai PR seperti UMNO. Nak harapkan PAS, DAP duk gertak ckit dah nak terkencing. PKR tak payah sembang la. Kita tengok ketuanya cukup. Maleh aku nak cakap banyak.

3 Komen:

Anonymoussaid...

Daulat Tuanku...

Anonymoussaid...

kebtulan kot..sbb malang x berbau.
pasal tulah dr tuanku aku dh x pcaya.
sbb raja kita bgai model je.
nk suh jadi model agama x nak..
camne nk berkat rakyat?
takpe,layannn

it's_me said...

nk jadi politikus ke Satorare......cayok2 aku saport dari belakang

Post a Comment