04 December 2009

Azam Tahun Baru. 2010




Tahun 2010 semakin menghampiri kita. Pejam celik, pejam celik sedar-sedar dah setahun. Memang cepat masa berlalu. Umur pun makin lama makin meningkat. Dan selalunya bila sebut je tahun baru, apa yang orang akan ingat azam. Tahun baru je azam. Setiap tahun sama je. Azam, azam dan azam. Aku plak bila sebut je azam, aku teringat membe aku sorang masa blajo kt kedah . Bila sebut je azam, aku tau dah. Ada je benda yang dia akan tinggalkan. Beg duit, kunci moto, pendrive apa sajalah le kalo singgah lepak bilik membe confirm ada la barang yang dia tinggal. Dari sem 1 sampai sem 6. Sama je. Tu belum cita pasal moto plak. Parking moto tempat lain, pastu cari tempat lain. Memang la x jumpa. Kalo ingat balik, memang lawak benda ni. Macam-macam ada. (azam jangan marah ek)

Berbalik kepada tahun baru tadi dan juga azam. Selalunya bila nak masuk je tahun baru, maka ramailah insan-insan yang bergelar manusia ini akan berazam. Macam-macam jenis azam la yang ada. Dan selalunya kita akan berazam ke arah kebaikan la. Tak tahu le plak aku kalo ada orang berazam ke arah kejahatan. Ada ke? Kita bleh denga nanti di corong-corong radio mengenai azam tahun baru rakyat Malaysia. Disini aku ingin coretkan sedikit azam-azam yang biasa kita denga dan tanam.

1. Nak Kuruskan Badan
Ni antara azam yang famous la. Nak kuruskan berat badan. Azam saya tahun depan untuk menguruskan badan. Jadi mulai tahun depan sy akan bersungguh-sungguh kontrol pemakanan saya ada akan melakukan senaman 4 kali seminggu. Ni ayat biasa aku denga. Masuk je 1 Jan maka bermulalah proses menguruskan badan dan melakukan senaman. Tapi masuk minggu kedua udah tak lalu. Duk tgk cermin tak jugak kurus-kurus. Ah malas la nak diet lagi. Xde apa perubahan pun.Tahun depan la azam plak. Memang la tak kurus duk wat seminggu 2 je memang la tak jadi. Last-last perut makin beso.

2. Nak benti isap rokok.
Selalunya lelaki la. Tapi sekarang perempuan pn banyak isap rokok. Kalo kt KL tu normal. Ppuan isap rokok tu biasa. Ada sekali tu aku g KL. Lepak kt mana ntah. Aku pn dah lupa. Duk tgk awek melayu ni isap rokok. Berkepul-kepul. Siap wat bulat lagi. Aku pn tgk la dengan muka yang pelik. Dalam hati duk kata, apa nak jadi bdk2 sekarang. Last2 aku plak kena sound. Bro lu apehal tgk gua pelik. Ada masalah ke. Pehhh.. Aku plak kena. Dunia dah terbalik. Cita pasal azam nk benti rokok ni selalu kedengaran. Tapi nak merealisasikan nye bukan mudah. Bukan senang. Ada yang sampai demam2 nk benti merokok. Seminggu x isap rokok demam. Selalunya kalo betul-betu nk benti, masa bulan posa la. Lagi mudah sebenarnye. Sebab dah seharian x isap rokok, so go on je la. Tapi baru ni aku pernah tanya membe aku, hg ada pernah pikir tak nak benti isap rokok? Dia jawab apa. Setakat ini aku tak pernah pikir lagi nk benti isap rokok. Jawapan yang simple dan padat.

3. Nak study awal-awal, taknak study last minute.
Cakap pasal azam ni, aku antara orang selalu nk wat benda ni. Dapat je result untuk sem sebelumnye, maka aku pun berazam aku x bleh men dah ni. Pointer dah jatuh. Sem depan kena wat elok-elok. Tak bleh stud last minute. Memang berazam dengan bersungguh-sungguh dengan muka yang penuh kesal sebab result teruk. Tapi last-last balik jadi camtu. Bak kata membe aku, stud awal-awal tak guna. Nanti Lupa. Last minute perform keje. Tapi sebenarnye elok stud awal. Xde kelam-kabut. Macam rumate aku dulu. Setiap hari stud. Aku pn turut serta. Tapi aku turut serta tdo la..

Sebenarnya banyak lagi azam-azam yang aku nak tulis. Tapi mata aku dah pedih. Sok nak kena bangun pagi lagi. So, kepada rakyat Malaysia yang banyak berazam tu, mulakan azam bukan untuk tahun depan. Mulakan pada hari ini. Tahun baru hanyalah hari-hari biasa sahaja yang sama seperti tahun lepas di mana masa tetap 24 jam sehari dan 7 hari seminggu. Masa terbaik untuk bertindak dan berubah adalah SEKARANG (secepat mungkin). Tidak perlu tunggu tahun baru untuk berubah. Tepuk dada tanya orang sebelah.

2 Komen:

saiful said...

yeop...ni azam mse study.
ang dh keje..apa azam keje?
satu je leh pkai..bangun awal p keje,hahahaa...

satorare said...

Kapten Saiful..
bab bangun tdo mmg aku kantoi..
hahahaaa..

Post a Comment