06 January 2012

10 sebab tiada asas bela Anwar

Berikut adalah 10 sebab mengapa tidak wajar rakyat membela Anwar dijalanraya yang kami ringkaskan dari blog Zulkifli Nordin:
1. Mengapa Anwar tidak membela diri dia sendiri dalam Mahkamah. Semasa diberi peluang membela diri, Anwar memilih tidak mahu memberi keterangan bersumpah. Dalam kes tahun 1998, Anwar berani angkat sumpah dalam Mahkamah dan memberi keterangan bersumpah.

2. Mengapa Wan Azizah, Presiden PKR yang juga bini Anwar tidak datang membela Anwar dalam Mahkamah. Sedangkan nama Wan Azizah disenaraikan sebagai saksi pembelaan Anwar? Adakah Wan Azizah tidak yakin dengan "kesucian" Anwar?

3. Mengapa Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR yang juga anak emas Anwar tidak membela Anwar dalam Mahkamah! Dalam kes liwat 1998, Azmin Ali sanggup beri keterangan bersumpah dalam Mahkamah.

4. Mengapa Anwar menggunakan khidmat Karpal Singh untuk membela dia dalam kes liwat di Mahkamah ini? Sedangkan pada 22 Okt 1997, Karpal Singh yang mendedahkan dalam Parlimen dan dalam ucapan di Federal Hotel selepas itu, Karpal Singh menyatakan dia ada bukti dan dokumen Anwar kaki liwat!

5. Mengapa Anwar tidak membela diri dia dalam mahkamah dengan membuktikan alibi dia, kononnya dia tidak ada ditempat kejadian meliwat Saiful itu? Kenapa saksi alibi tidak dipanggil memberi keterangan?

6. Mengapa Anwar dan Karpal Singh tidak panggil Rahimi, pegawai khas Anwar sendiri membela Anwar dalam Mahkamah! Sedangkan Rahimi yang memperkenalkan Saiful kepada Anwar dan membawa Saiful bekerja sebagai pembantu pejabat Anwar.

7. Mengapa Anwar tidak mengambil kesempatan membela diri dia dengan memberikan sampel darah untuk menafikan DNA air mani yang ditemui didalam dubur Saiful.

8. Anwar mendakwa kononnya pertuduhan dia meliwat staf dia Saiful adalah konspirasi Dato' Sri Najib. Konon ceritanya Saiful berjumpa dengan YAB PM!

Malah Anwar sampai nak sapina YAB PM untuk memberi keterangan. Yang peliknya dia sendiri tak mau beri keterangan bersumpah untuk membela diri. Tau-tau dia nak paksa YAB PM beri keterangan untuk pembelaan dia!

9. Kalau alasan Anwar membela diri dengan memanggil YAB sebagai saksi kononnya kerana Saiful berjumpa dengan YAB Dato' Sri Najib, mengapa Anwar tidak mahu memanggil YB Senator Ezam Mohd Nor yang juga ditemui Saiful!

10. Anwar menyatakan bahawa dia membela diri dengan mahukan Mahkamah Rakyat menentukan kesalahan dia! Persoalannya, kenapa Anwar tidak serahkan pembelaan dirinya kepada Mahkamah ALLAH! Iaitu dengan bersumpah laknat!

Sumber

0 Komen:

Post a Comment